Wallbase : Wallpaper Berkualiti Tinggi Untuk Dimuat Turun

Your comment You are on Informasi Edit posts?
Menyesuaikan desktop anda bermula dengan memilih wallpaper yang anda inginkan. Terdapat banyak website yang menyediakan wallpaper percuma tapi jika anda mencari koleksi besar wallpaper yang berkualiti tinggi, WallBase merupakan pilihan yang sangat baik. Halaman tersebut menawarkan lebih dari 350,000 wallpaperpercuma yang boleh anda muat turun. Halamannya juga nampak menarik dan tersusun dengan kemas.


Anda boleh mencari wallpaper pada Wallbase berdasarkan katakunci ataupun juga warna. Hanya dengan memilih warna dari panel yang disediakan dan ianya akan menampilkan wallpaper yang mengandungi warna tersebut. Anda juga boleh membuat carian dengan menetapkan resolusi yang dikehendaki dan aspek nisbah. Keputusan carian akan dipaparkan sebagai thumbnail dan apabila anda menekan pada thumbnail tersebut ia akan membuka gambar dalam resolusi penuh. Anda juga boleh browse gambar secara rawakatau melalui toplist yang ada.

Ciri-ciri Wallbase :
* Wallpaper baru berkualiti tinggi
* Senarai lebih dari 350.000 wallpaper.
* Wallpaper dengan resolusi setinggi 2560 x 1600.
* Cari wallpaper untuk paparan biasa, layar lebar dan netbooks.
* Cari berdasarkan kata kunci atau warna yang dikehendaki.
* Laporkan wallpaper sebagai NSFW.
* Browse dengan mencari wallpaper yang sama.
Layari laman ini di SINI
Nota : Wallpaper di sini terbaik. kualiti tinggi. (Gambar awek pon ada) haha!

« Previous
 
Next »
 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...