Paper Critters : Membuat Desktop Origami Di Browser Anda

Your comment You are on Informasi Edit posts?
Papercritters.com halaman interaktif yang penuh dengan warna untuk membuat desktop origami di browser anda yang merupakan campuran antara anime dan paintshop. Laman ini dibangunkan menggunakan Adobe Flash Player jadi disarankan sebelum menggunakan paper critters terlebih dahulu pasangkan pemainflash pada komputer anda. Pereka laman ini memberikan keseluruhan kawalan ke atas setiap ciri mainan mereka dan anda boleh memilih warna, konfigurasi tubuh, raut wajah, dan sikap. Terdapat juga beberapa pilihan untuk membuat watak origami anda sebagai setia, jahat, lucu, atau pemberontak.

Ada pelbagai saiz untuk dipilih dan pandangan dari beberapa sudutnya juga kelihatan lancar. Setelah membuat origami anda sendiri, anda boleh pergi ke Colony dan melihat origami lain yang dihasilkan dari segi kedudukan keperibadian mereka, dan menetapkan mereka sesuai dengan karakteristik lain. Ini merupakan website yang menarik dan sangat interaktif dimana pengguna mempunyai jumlah keseluruhan kawalan ke atas hasil produk dan boleh memberi komen pada origami lain, mengumpul, berkongsi, dan mencetaknya.

Terdapat pelbagai pilihan yang boleh dipilih untuk mencantikkan hasil origami anda
Contoh origami penuh yang telah dihasilkan. (Sebijik macam amoi)
Layari PaperCritters di SINI
« Previous
 
Next »
 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...