Google Mengenali Lebih Daripada 1 Trillion URL !

Your comment You are on Fakta Edit posts?

Pada blog rasmi Google, mereka telah mengumumkan bahawa jumlah URL yang berada dalam indeks Google kini telah mencapai sebanyak 1 Trillion (1’000’0000’0000!). Jumlah ini hanya mengambil kira URLunik sahaja, tidak termasuk URL-URL yang merujuk pada laman web yang sama. 

Sehingga kini, Google terus berusaha keras dalam mengumpul informasi tentang laman-laman web terbaru supaya dapat digunakan dalam carian anda

Walau bagaimanapun, kuantiti yang besar ini bukanlah segalanya. Yang lebih penting adalah kualiti dalam hasil carian yang dipaparkan oleh Google. Lagipun, biasanya kita hanya tengok hasil carian di muka pertama je kan?

Dengan jumlah yang terlampau banyak ni, semakin sukar nak cari laman web yang betul-betul bagus dan menepati kehendak kita. Tapi kalau anda rajin, anda boleh gunakan perkhimatan web seperti Digg,Reddit, dan del.icio.us untuk mengetahui tempat-tempat yang menarik di segenap ruang web. Jangan habiskan masa untuk MySpace dan Friendster je, jom layari Internet

« Previous
 
Next »
 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...