PhotoFilmStrip : Cipta Slideshow Ringkas Dari Gambar [Windows/Linux]

Your comment You are on Software Edit posts?
Mr.Hac amat menggemari 'seni' penyuntingan video. Pelbagai jenis perisian telah dicuba. Antaranya seperti NCH PhotoStage Slideshow Producer dan Corel VideoStudio Pro X4. Antara contoh hasil atau output dari perisian tersebut ialah seperti video Israk Mikraj ini. Namun pencarian masih belum berakhir dan kali ini terjumpa pula dengan PhotoFilmStrip.

Ianya adalah sebuah perisian multi-guna yang mampu untuk menghasilkan video slideshow dari gambar-gambar dengan output format yang pelbagai. Terdapat dalam versi Windows dan Linux (Ubuntu), ia menjanjikan sesuatu yang ringkas tetapi membantu dalam memghasilkan video slideshow yang baik, atau adhoc planning (rancangan saat akhir a.k.a last minute plan).

Berikut adalah paparan skrin perisian ini:






Masih terdapat beberapa kelemahan pada perisian ini. Tetapi cukuplah sekadar untuk projek adhoc, ia memang bonus untuk anda, tambahan lagi ia percuma.

Muat turun di sini : PhotoFilmStrip

Pemasangan Dalam Ubuntu:

1. Muat turun fail pemasang di sini : PhotoFilmStrip 1.5.0

2. Buka Terminal dan masukkan baris perintah di bawah:
sudo dpkg -i photofilmstrip_version_all.deb

sudo apt-get -f install

Contoh video yang dihasilkan:

credit
« Previous
 
Next »
 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...