Grooveshark : Laman Streaming Musik Bercirikan Flash

Your comment You are on Informasi Edit posts?
Terdapat banyak pilihan laman web yang memberikan perkhidmatan percuma bagi streaming musik ini, akan tetapi kebanyakan perkhidmatan yang diberikan tidak begitu memuaskan. Kali ini aku telah menjumpai sebuah laman web streaming musik yang mempunyai komuniti pengguna yang besar. Laman ini iaitu Grooveshark memerlukan pemain flash untuk berjalan, oleh itu sila memuat turun pemain flash versi terbaru bagi memberikan kelancaran dan kepuasan dalam streaming musik di laman ini. Rata2 lagu yang terdapat di Grooveshark ialah lagu antarabangsa, tetapi kini terdapat juga lagu melayu dan lagu dari seberang yang dimuat naik oleh pengguna.

Grooveshark sememangnya percuma, tetapi jika anda mahu menggunakan beberapa servis yang disediakan dengan lebih terperinci, anda bolehlah berdaftar pada laman ini. Salah satu benda yang menarik perhatian aku ialah ianya memberikan pengguna untuk menukarkan tema mengikut keselesaan sendiri.
Kelebihan Yang Ada Pada Grooveshark :

1.) Antaramuka yang menarik dan senang untuk digunakan. Aplikasi web yang dibina dari flash dan cukup lancar dan laju bagi membolehkan anda streaming lagu.

2.) Carian lagu yang mudah digunakan. Hanya cari lagu kegemaran anda dan senarai tajuk, album dan artis akan ditayangkan pada tempatnya. Terdapat tab yang disediakan bagi menyenangkan pencarian anda berdasarkan tajuk yang ditulis atau artis mahupun nama album.

3.) Membolehkan pengguna menukarkan tema sendiri mengikut kesesuian “mood“. Tema yang diberikan percuma bagi pengguna yang tidak berdaftar manakala terdapat juga tema yang diberikan khas untuk pengguna yang berdaftar sebagai VIP.
4.) Lagu yang dipilih akan dimuatkan kedalam senarai playlist. Butang bagi play, pause, next, previous turut dilengkapi dan disusun kemas. Fungsi Repeat Mode dan juga Shuffle juga turut ada bagi menambahkan kelainan bagi laman streaming ini.
5.) Sistem Restore turut dilengkapi apabila browser anda mengalami “hang” atau tersangkut2 ketika digunakan dan terpaksa ditutup. Dengan sistem Restore ini segala pilihan lagu yang telah dipilih dan diletakkan pada playlist akan dikembalikan kepada asal berserta juga tema yang telah dipilih.

6.) Grooveshark juga menyediakan perkhidmatan untuk berkongsikan lagu secara talian menggunakan laman sosial sepertiFacebookTwitter dll. Selain itu anda juga boleh memuat naik lagu dengan menggunakan amazon MP3 dan juga aplikasi iTunes.
7.) Salah satu servis yang terbaik terdapat di Grooveshark ialah ianya terdapat widget bagi membolehkan anda menayangkan lagu kegemaran pada blog dan juga laman sosial anda. Untuk membuat widget anda sendiri sila pergi di SINI.
« Previous
 
Next »
 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...