UploadUR Hosting : File Hosting Dari Silent Hackers

Your comment You are on Informasi Edit posts?
Malam semalam Mr.Hac menerima panggilan dari individu yang dikenali, iaitu Founder/Admin Forum Silent Hackers Malaysia (SH), Bro Hatzwan @ Hatz. Beliau memaklumkan kepada Mr.Hac bahawa SH kini melancarkan laman perkongsian fail baru yang dinamakan sebagai UploadUR Hosting.

Laman perfongsian ini menampilkan ciri-ciri baru yang sangat-sangat menarik perhatian pencinta atau mereka yang menyukai hobi muat turun iaitu antaranya:

1. Kelajuan muat turun yang tinggi.

2. Tiada masa menunggu.

3. Muat naik fail sehingga bersaiz 10GB.

4. Menyokong Download Manager (DownThemAll juga disokong oleh laman ini!)

5. Ruang simpanan fail TANPA HAD!


Cukuplah tu kan! Laman Mediafire juga bagi Mr.Hac tidak sehebat ini! Tahniah Mr.Hac ucapkan kepada Hatz dan para Admin Silent Hackers yang bertungkus lumus menaikkan lagi nama anak Malaysia khususnya MELAYU ke mata dunia. Mr.Hac berharap dengan adanya laman perkongsian ini, Admin-admin dari JieAzz Movie dan TeamAryzs akan mengambil peluang untuk mencuba dan merasai sendiri hasil kerja tangan anak-anak muda Melayu kita.

Apa yang perlu anda lakukan untuk memilikinya? Anda cuma perlu klik pada 'Register', isikan borang ringkas yang disediakan dan akaun anda akan aktif serta merta tanpa melibatkan pengaktifan melalui e-mel! Tak cukup menarik lagi? Bukan itu sahaja, anda boleh terus memuat naik fail-fail anda untuk dikongsikan bersama rakan-rakan! Tak perlu lagi anda buat dua-tiga langkah pengaktifan seperti laman-laman perkongsian yang lain. Cuma buat masa ini mereka belum menyediakan skim affiliate buat para pengguna. Jika ada nanti, Mr.Hac akan maklumkan.

Screenshot UploadUR Hosting:




Klik untuk mendaftar -> UploadUR Hosting 
Credit
« Previous
 
Next »
 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...