Glosari Istilah IT Dalam Bahasa Melayu

Your comment You are on Informasi Edit posts?
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan rakyat Malaysia. Kita wajib berbangga dengan bahasa ibunda yang menjadi nadi kepada percakapan kita seharian. Mr.Hac ingin menyenaraikan BEBERAPA istilah dalam dunia IT yang SELALU digunakan dan diterjemahkan kepada bahasa Melayu, supaya ia dapat menjadi rujukan kepada semua. Jika anda ingin menambah atau memberi cadangan kepada istilah yang sepatutnya, dipersilakan melakukannya pada ruangan komen, dan Mr.Hac akan menambah atau ubah dari semasa ke semasa.


Ada beberapa istilah yang Mr.Hac terjemahkan sendiri, ada yang dirujuk pada Majalah PC, dan ada yang dirujuk melalui Google Translate. Silakan menelaahnya bersama.




Daftar Istilah IT Dalam Bahasa Melayu:


1. Shutdown: Tutup, Matikan (Sesi komputer yang sedang aktif)
2. Default: Lalai (Tetapan utama)
3. Setting: Tetapan
4. Install: Pasang
5. Uninstall: Nyahpasang
6. Software: Perisian
7. Hardware: Perkakas, Perkakasan
8. Execute: Menjalankan, Jalankan
9. Run: Jalankan (Program, Perisian)
10. Tool: Alat
11. Hack: Godam
12. Design: Reka, Mereka
13. Download: Muat turun
14. Upload: Muat Naik
15. Batch: Kelompok, Kumpulan
16. Access: Akses
17. Copy: Salin
18: Paste: Tampal
19. Link: Pautan
20. Leakage: Kebocoran
21. Programming: Pengaturcaraan
22. Configuration: Konfigurasi
23. Connection: Sambungan
24. Network: Rangkaian
25. Database: Pengkalan Data
26. Delete: Padam
27. Disable: Nyahdaya (Sila beri cadangan untuk perkataan ini)
28. Error: Ralat
29. Bug: Pepijat
30. Graphical User Interface: Paparan Antaramuka Pengguna
31. Cloud Computing: Pengkomputeran Awan
32. Storage: Storan (Penyimpanan Data, Fail)
33. Screenshot: Paparan Skrin (Ada yang mengusulkan Tembakan Skrin, tapi bagi Mr.Hac 'tembakan' tu macam kurang sesuai)
34. Cut: Potong (Bukan bersifat memotong, tetapi ia merujuk kepada perbuatan kita yang bersifat 'mengambil secara terus' sesuatu fail)
35. Redo: Kedepan, Buat semula
36. Undo: Kebelakang, Membatalkan (Sesuatu perbuatan kita pada perisian atau komputer)
37. Built-in: Terbina Dalam
38. Restart = Mulai Semula (Kalau bro pr67am cakap matihidup. Anda pula?)
39. Manual = Kerjatangan, Panduan
40. Log Off = Log Keluar (Sama dengan Log Out)
41. Program = Aplikasi, Atur Cara
42. Desktop = Meja? Haha. Bro pr67am mencadangkan 'Paparan Muka'. Anda pula nak cadangkan apa?
43. Keygen = Keygen (Singkatan dari Key Generator, jadi dalam bahasa Melayunya ialah Penjana Kekunci)
44. Patch = Penampal
45. Taskbar = Bar Tugas
46. Cookies = Cookies (Tiada istilah cookies dalam bahasa Melayu)
47. Crack/Cracked = Telah 'Pecah' (Merujuk kepada perisian yang telah diubahsuai supaya fungsi asalnya hilang atau bertambah) 


Ok. Cukup setakat ini dahulu. Jika anda ada cadangan, silalah berikan komen!
InsyaAllah Mr.Hac akan tambah lagi. Mari kita jadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebanggaan kita, bangsa Melayu. 
Credit
« Previous
 
Next »
 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...