Filem Mantera Bakal Ke Pawagam 17 Mei 2012

Your comment You are on Movie Edit posts?
Anda 'kaki wayang'? Sekiranya jawapan anda 'ya', maka anda tidak patut untuk melepaskan peluang menonton filem fiksyen sains negara kita, filem berunsurkan robotik pertama negara yang diberi namaMantera.

Mantera ialah singkatan dari Manusia Jentera atau lebih 'glamor' dengan maksud yang diberi oleh pengarahnya, Man Transformable Exo-Robotic Armor. Filem ini dilakonkan oleh Shah Inderawan (Tomok), Shiqin Kamal, Faezah Elai, Yank Kassim dan Jayson Lee.

Filem ini terbitan dari Flare Studios Sdn Bhd (FSSB) dan diarahkan oleh Mohd Aliyar Ali Kuthy, telah menelan belanja yang begitu besar iaitu hampir RM9 juta, tidak termasuk kos pemasaran. Ia telah pun mendapat tempahan sebanyak 35 negara di Eropah.


Mantera telah mendapat kerjasama dari Rusia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Berikut merupakan trailer rasmi untuk filem ini:


Sinopsis Filem Mantera 2012:

Filem Mantera mengisahkan pergolakan antara dua kumpulan rahsia iaitu Alliance of Light dan Dark Legions. Dark Legions melalui syarikat Weston Tech membangunkan senjata rahsia dinamakan sebagai MANTERA. Ketua pereka MANTERA, Dr. Natasha menyedari niat jahat ketuanya cuba untuk mensabotaj dan memusnahkan sistem MANTERA. Dia menghilangkan diri dengan cebisan kerja MANTERA. Sisa dan cebisannya secara tidak sengaja dihantar kepada pelajar IT di Malaysia bernama Azman. Azman dengan bantuan rakannya Kevin, membina semula MANTERA sehingga menjadi motosikal berkuasa besar. Tanpa mereka sedari, motosikal itu boleh bertukar menjadi baju perisai robotik yang boleh memberikan kekuatan dan kepantasan luar biasa.Credit
« Previous
 
Next »
 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...