Perisian Patut Dipasang Selepas Memasang Windows 8 Consumer Preview

Your comment You are on Operating System, Software Edit posts?
Mr.Hac sebenarnya tak pernah tergerak hati untuk menggunakan Windows 8 CP, sehinggalah 'dirachon' oleh Admin Penasihat iaitu bro Juaratempur. Bukan apa, kalau pakai sorang-sorang jadi bosan, tak tau nak 'bercerita' dengan siapa akan kelebihan yang ada padanya.

jadi berikut Mr.Hac buat sedikit kompilasi akan perisian-perisian yang patut dipasang selepas siap memasang Windows 8 Consumer Preview yang canggih-manggih ini.


Perisian Patut Dipasang:

Patut dipasang bukan bererti wajib, tetapi bermaksudkan kepada pilihan (optional).

1. VLC Media Player

Sememangnya Windows Media Player masih lagi tidak efisien. Oleh itu anda perlu kepada sebuah pemain video/media yang ringkas tetapi berkesan dan sentiasa boleh diharapkan.

2. Pemain Muzik Winamp

Ya, ya, ya. Mr.Hac sukakan muzik dan juga pemain muzik dalam Windows 8. Cuma untuk lebih pilihan atau variety, anda boleh pasangkan Winamp untuk kepuasan maksima.

3. Foxit Reader

Ok. Memang betul Windows 8 ada menyediakan pembaca fail PDF terbina dalam. Cumanya untuk netbook Mr.Hac ia gagal untuk berfungsi atas alasan kekurangan resolusi. Jadi untuk tidak membuang masa, dengan pantasnya Foxit Reader dimuat turun.

4. Pelayar Web Firefox

IE10 ialah pelayar web yang 'diberikan' oleh Windows 8. Mr.Hac tidak menafikan ia telah ditambah baik. Cuma dalam bab ini, pelayar web Firefox menjadi pilihan sebagai pelayar web lalai (default) kerana dalam versi-versi akan datang, kita akan dapat melihat kepada revolusi Firefox. Nantikan kemunculannya.

5. Adobe Flash Player

Untuk menunggu implimentasi teknologi HTML5 pada pelayar web moden seperti Firefox dan Chrome serta Opera, anda perlu menunggu lagi 5 tahun. Jadi sementara itu anda perlu juga memasang pemain Flash Adobe. Untuk setiap plugin pada Firefox anda boleh periksa akan versinya di laman INI.

6. Internet Download Manager

Perlukah lagi Mr.Hac menerangkan mengenai perisian ini? Apa? Perlu? Ok. Buat mereka yang tidak tahu, Internet Download Manager atau IDM digunakan untuk mengakselarasi atau melajukan muat turun. Jika anda memang tegar muat turun, apa salahnya mencuba perisian ini. ia melengkapkan lagi sistem operasi anda.

7. Perisian VPN

Dalam hal ini, Mr.Hac cuma dapat mencadangkan jika anda mahu keselamatan data dan internet anda terjaga,gunakanlah VPN. Jika anda mahukan VPN yang laju, cuba servis OpenVPN. Jika anda mahu servis berbayar yang murah, laju, dan boleh dipercayai, gunakanlah MYTUNNEL.US.

8. Perisian WinRAR [32-bit] [64-bit]


Last but not least, perisian WinRAR untuk membantu kerja-kerja anda mengekstrak dan mengkompres fail. Jangan bimbang, pautan yang Mr.Hac beri itu adalah versi terbaru (pada waktu entri ini ditulis) dan ia sudah pun crack.

Buat mereka yang mahukan perisian Office 2010 (full, cracked), anda boleh muat turun pada pautan ini :Office 2010 Full Cracked

Jika anda bimbang akan isu pemacu, Windows 8 boleh dikatakan amat memuaskan hati dari segi pemacunya yang lengkap. Cuma jika ada yang tidak lengkap, anda boleh cuba menggunakan Driverpack Solution. Jika tak dapat selesaikan masalah juga, anda boleh cuba gunakan Driver Identfier. jika tak dapat juga, anda bolehlah Google secara manual. Pasti jumpa punya! Haha! 

« Previous
 
Next »
 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...