Apa Itu Backlink?

Your comment You are on Informasi Edit posts?
Pernah anda terfikir kenapalah setiap kali buat post di blog anda, tiada visitor dari search engine datang? Ini kerana salah satu sebabnya adalah anda tidak membuat optimasi enjin carian (SEO) pada laman blog anda. Bila tiada visitor maka blog anda secara asasnya sama seperti sebuah kedai yang tidak mempunyai pelanggan!.

Salah satu cara optimasi off page yang selalu dibuat oleh webmaster-webmaster (pemilik laman web atau blog) adalah membina jaringan backlink yang banyak.


Kenapa mereka membina jaringan backlink ni?. Ini kerana semakin banyak backlink yang mereka ada akan meningkatkan Page Rank (PR) laman web atau blog mereka dan bila PR makin tinggi, maka setiap kali post atau page diupdate, maka content kita akan diberikan keutamaan untuk berada di 1st page enjin carian bagi kata kunci (keyword) tertentu.

Apa Itu Backlink?
Backlink ini merupakan “incoming link” atau link masuk untuk website kita. Kalau ikut bahasa pasarnya, url website kita berada di website atau blog orang lain.

Pada kebiasaannya Backlink boleh berlaku dengan: 
  • Orang buat review terhadap produk atau website kita, kemudian mereka letak link URL kita di dalam review post tersebut.
  • Apabila kita sponsor sesuatu theme, link kita diletakkan di footer theme tersebut.
  • Apabila link kita diletakkan di blogroll di blog-blog orang lain.
  • Melalui comment-comment di blog orang lain dengan meletakkan url website kita.
  • Signature atau post di forum-forum yang kita join dengan meletakkan URL website kita.

Backlink juga adakalanya dikenali sebagai inbound link atau incoming link. Inbound link ini amat mustahak untuk penentuan ranking search engine (SERP - Search Engine Ranking Position) kerana setiap seach engine mempunyai algorithmsnya yang tersendiri untuk menyukat berapa bilangan backlinks sesuatu website atau page yang ada dan sekaligus akan memberikan rank dan position yang lebih tinggi mengikut kelayakan website atau page itu sendiri.

Dalam erti kata lain, makin banyak backlink sesuatu website tersebut, maka semakin popular website tersebut sekaligus segala isi kandungan (content) yang berada dalam website tersebut dianggap penting dan relevent oleh sesuatu algorithms search engine.

Mengetahui jumlah Backlink di website anda.
Ada banyak cara untuk menilai berapa banyak jumlah backlink yang website anda ada. Perkara ini penting untuk diketahui kerana sebagai pemilik website, anda harus berusaha menambahkan sebanyak mana backlink yang anda ada.

Antara tool percuma yang ada untuk check jumlah backlink website anda adalah Backlink Watch.


Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan memasukkan URL website anda dan tekan butang “Check Backlinks”. Jika website anda mempunyai backlink, maka secara automatiknya ia akan mengira dan memaparkan dari mana backlink tersebut datang.

Cara ini juga digunakan oleh pengalisa-penganalisa SEO untuk “spy” website pesaing mereka. Dengan itu mereka akan terus meningkatkan lagi usaha menambahkan backlinks ke website mereka.

« Previous
 
Next »
 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...