25 penggodam terbaik di dunia berkumpul untuk menyertai acara tahunan kedua Facebook Piala Hacker yang diadakan di pejabat-pejabat di Menlo Park. Roman Andreev dari Russia dapat meyelesaikan satu masalah dengan betul hanya dalam 1 jam 4 minit dan memenangi Piala Hacker Facebook yang meletakkan namanya di atas trofi simen yang amat menarik bersama cek $5000!
Pendaftaran untuk acara tersebut dibuka pada bulan Januari dan bermula dengan tiga pusingan secara online dalam menyelesaikan masalah. Daripada 6000,(secara jumlahnya lebih kurang 8000 yang menyerah) dapat melayakkan diri, kumpulan itu di kecilkan sehingga hanya tinggal 25 penggodam dan mereka diterbangkan ke Facebook untuk acara final. Kesemua yang terbeik adalah lelaki yang datang dari seluruh dunia seperti Amerika Syarikat, Russia, Germany, Poland, South Korea, Taiwan, China dan Japan. Facebook telah membiayai perbelanjaan mereka untuk ke California, termasuk wang saku untuk mendapatkan Visa.
Peserta telah dicabar untuk menyelesaikan 3 masalah dalam masa 3 jam, sesiapa yang dapat menyiapkannya dengan cepat adalah pemenang. Wakil syarikat itu berkata, acara tahunan pertandingan algoritma pengaturcaraan ini terbuka kepada jurutera dari seluruh dunia. Dengan title sebagai "juara dunia" sebagai penggodam terbaik, hadiah pertama bernilai $5000, hadiah kedua $2000, ketiga $1000 dan $100 sebagai saguhati untuk peserta yang lain.
Tiga peserta teratas yang memenangi Piala Hacker tahun ini:
- Tempat pertama: Roman Andreev dari Russia, menyelesaikan masalah dengan betul dalam masa 1 jam 4 minit.
- Tempat kedua: Tomek Czaika dari US, menyelesaikan satu masalah dengan betul dalam masa 1 jam 5 minit.
- Tempat ketiga: Tiancheng Lou dari China, memyelesaikan masalah dengan betul dalam masa 1 jam 44 minit
Dimanakah penggodam-penggodam Malaysia? Adakah anda saja tidak mahu menunjuk bakat yang anda ada? Hanya anda sendiri yang tahu.
Sekian.
Rujukan : thehackersnews.com
Copied From
0 comments:
Post a Comment