Apakah Graphic User Interface?

Your comment You are on Informasi Edit posts?
Graphic User Interface(di sebut dengan bunyi goo-ey) ini adalah paparan(bukan semata-mata teks) antara muka pengguna kepada komputer. Seperti yang anda baca sekarang ni, anda melihat paparan antara muka pengguna GUI atau grafik pelayar web anda. Istilah ini wujud kerana antara muka interaktif pengguna yang pertama di gunakan tidak mempunyai grafik atau paparan, ianya hanyalah berorientasikan teks-dan-keyboard dan biasanya terdiri daripada arahan-arahan yang harus anda ingat dan komputer memberi respon terhadap arahan anda dengan cepat dan ringkas. Perintah antara muka sistem operasi Disk Operating System atau di panggil DOS(yang anda boleh lihatnya di sistem operasi Windows anda) adalah salah satu antara muka pengguna komputer tipikal sebelum penciptaan GUI. Langkah yang menghubungkan antara muka pengguna dengan antara muka baris arahan dan GUI adalah non-graphical menubased interface, yang membolehkan anda berinteraksi dengan hanya menggunkan tetikus(mouse) dan bukannya menaip perintah pada keyboard. 

Contoh Gambar Paparan Antara Muka Pengguna(GUI)


Contoh Gambar Disk Operating System


Kebanyakkan sistem operasi utama di dunia ini menyediakan paparan antara muka. Aplikasi biasanya menggunakan elemen GUI yang datang dengan sistem operasi dan menambah idea serta unsur-unsur paparan antara muka mereka sendiri. Paparan antara muka(GUI) ini kadang kala menggunakan satu atau lebih metafora untuk objek yang biasa anda lihat dalam kehidupan sebenar, seperti paparan muka(Desktop), pandangan daripada tingkap, ataupun susun atur barangan di dalam sebuah bangunan. Elemen GUI ini termasuk perkara-perkara seperti butang(button), bar tatal(scrollbar), ikon imej, tetikus, dan secara kasarnya masih banyak lagi elemen yang akan dicipta. Dengan peningkatan penggunaan multimedia sebagai sebahagian daripada GUI, bunyi, suara, video, dan juga antara muka realiti maya(virtual reality interfaces) juga di lihat menjadi sebahagian daripada GUI untuk kebanyakkan aplikasi. Sistem paparan antara muka bersama dengan peranti input(input devices) kadangkala dirujuk sebagai "lihat dan rasa". 

Paparan antara muka pengguna ini sudah biasa kita lihat sama ada dalam sistem operasi Mac atau Windows dan aplikasi mereka juga berasal dari Makmal Penyelidikan Xerox Palo Alto(Xerox Palo Alto Research Laboratory) pada akhir tahun 1970-an. Apple menggunakannya dalam komputer Macintosh pertama mereka. Kemudian, Microsoft menggunakan idea yang sama dalam versi pertama sistem operasi Windows mereka untuk komputer peribadi IBM(IBM-compatible PCs). 

Apabila membuat satu-satu aplikasi itu, banyak alat yang berorientasikan objek wujud bagi memudahkan untuk menulis paparan antara muka pengguna. Setiap elemen paparan antara muka pengguna ditakrifkan sebagai kelas widget di mana anda boleh cipta objek dengan cepat untuk aplikasi anda. Anda boleh membuat kod atau mengubah suai kod itu yang boleh memberi tindak balas terhadap ransangan pengguna. 

Sekian.  Credit

« Previous
 
Next »
 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...