Cut The Rope : Mainkan Ia Di Pelayar Web Anda

Your comment You are on Informasi Edit posts?
Cut The Rope ialah salah satu permainan yang telah mendominasi telefon pintar seperti iPhone dan juga Android. Terdapat versi flash untuk PC dan ia merupakan klon kepada permainan ini iaitu Feed The Panda (Malangnya Mr.Hac tak jumpa pula pautan untuk muat turun. Sesiapa yang ada jumpa kongsikan di ruangan komen).

Microsoft dengan kerjasama ZeptoLab dan Pixel Lab kini telah mencipta versi HTML5 untuk permainan ini, dan ia bererti kebanyakan pelayar web moden boleh memainkannya. Permainan popular ini mempunyai 27 tahap (level) dan boleh dimainkan tanpa menggunakan plugin Flash.

Habis jugak akhirnya!

Untuk pengetahuan anda, terdapat 7 tahap yang eksklusif, hanya untuk pengguna Internet Eksplorer 9 sahaja. Ia hanya boleh dibuka (Unlocked) apabila permainan ini di-pin ke taskbar. Jadi buat mereka yang sudah menggunakan Windows 7 dan IE9, anda memang golongan yang 'bertuah' kerana dapat memainkan tahap eksklusif tersebut.

Bagi mereka yang mahu mencuba, silakan buka pautan http://www.cuttherope.ie/ 
Credit
« Previous
 
Next »
 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...