Firefox Nightly UX 14.0 Alpha 1

Your comment You are on Software Edit posts?
Mozilla bakal membawakan pembaharuan dari segi antaramuka. sekuriti, dan prestasi pelayar webnya iaitu Firefox. Dalam versi terbaru (pada waktu artikel ini ditulis) iaitu 11.0, tidak banyak pembaharuan pada paparan antaramukanya yang boleh dilihat. Kadar peningkatan prestasinya juga adalah pada tahap 'biasa' saja.

Bagi mereka yang mahu melihat dan merasai perubahan pada Firefox versi seterusnya, anda bolehlah memasang versi Aurora ataupun Nightly. Namun perlu diingatkan bahawa versi Aurora akan mengambil alih profil Firefox versi stabil yang tersedia dipasangkan pada komputer, kecuali anda mengasingkan profilnya.

Terdapat satu lagi versi Nightly yang tidak didatangkan secara rasmi seperti Aurora dan Nightly itu sendiri iaitu Firefox Nightly UX. Versi ini, selain membawakan pembaharuan dari segi prestasi dan sekuriti, ia juga menampilkan paparan antaramuka yang telah dinaiktaraf.

Antara yang boleh dilihat atau dirasai ialah implementasi pembaca PDF dengan teknologi HTML5 terbina dalam, paparan 'speed dial' pada pembukaan tab baru, protokol SPDY untuk prestasi pelayar web yang lebih laju, pemuat turun terbina dalam yang telah direka bentuk semula (redesigned), laman mula (start page) juga direka bentuk semula, dan banyak lagi untuk dinyatakan di sini.

Berikut adalah beberapa paparan skrin dari Nightly UX 14.0 Alpha 1:

Klik untuk paparan lebih jelas





Anda boleh memuat turun fail pemasangnya di sini: Nightly UX Download Page Credit
« Previous
 
Next »
 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...