Wikipedia "Bergelap" Bantah Sopa Dan Pipa

Your comment You are on Fakta Edit posts?

Washington – Ensiklopedia dalam talian, Wikipedia telah menutup laman bahasa Inggerisnya selama 24 jam bermula tengah malam Rabu sebagai bantahan ke atas  rang undang-undang Menyekat Cetak Rompak Dalam Talian AS (Sopa) dan Akta Hak Milik (Pipa) yang kini sedang diperdebatkan oleh Kongres Amerika Syarikat.
Pengguna yang cuba memasuki Wikipedia akan hanya melihat skrin hitam dengan paparan “Imagine a world without free knowledge”.
Selain Wikipedia, laman berita Reggit dan blog Boing Boing turut menyertai protes ini namun Twitter enggan menyertainya.
Pengasas web Wikipedia, Jimmy Wales berkata, perkara yang terkandung dalam dua rang undang-undang itu akan memberikan kesan yang besar walaupun tidak mempunyai kaitan dengan cetak rompak.
Beliau memakluman pada bulan Disember lalu, selepas  perbincangan mengenai akta berkenaan disiarkan dalam lama webnya, ramai yang membantahnya selepas pengundian dilakukan.
Justeru, selepas mengambil kira bantahan itu, maka Wikipedia mengambil keputusan untuk menutup laman bahasa Inggeris selama 24 jam.
“Apabila mereka mengakses ke lama ini, mereka akan melihat penjelasan yang dilakukan oleh Wikipedia dan bantahan kami terhadap rang undang-undang berkenaan. Kami berharap agar langkah yang diambil ini akan menyedarkan orang ramai bahawa jika mereka hanya mendengar Hollywood sahaja, maka ia bukan idea yang bernas,” katanya.
Wales berkata, tujuan beliau melakukan protes ini kerana undang-undang yang terkandung dalam akta cetak rompak itu adalah teruk dan hanya mengikut versi ahli kongres termasuk mewujudkan rejim bagi menyekat (Sistem Domain Nama) DNS seperti yang dilakukan oleh China.
“Saya rasa ia bukan langkah terbaik bagi Amerika Syarikat dalam usahanya menjadi peneraju kepimpinan di internet,” katanya

« Previous
 
Next »
 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...