Adakah korang secara tidak sengaja memadam fail dari Hard disk? Adakah korang sangat ingin memulihkan fail tersebut kembali? korang tidak perlu panik! Adalah tidak mustahil untuk memulihkan kembali fail dihapuskan dari hard disk (bahkan selepas korang tekan Shift + Delete) asalkan bertindak segera selepas korang menyedari bahawa fail tersebut dihapuskan dan gunakan perisian terbaik untuk memulihkan fail yang telah dipadam. Dalam posting ini korang akan mendapat maklumat terperinci tentang bagaimana memulihkan fail yang telah dihapuskan dari PC Windows atau Mac.
Saat ini terdapat beratus-ratus tool recovery data dan perisian di pasaran yang membanggakan untuk memulihkan 100% dari semua fail yang telah dipadam untuk kembali semula dalam keadaan asal. Namun pada kenyataannya sebahagian besar perisian ini tidak berkesan dan tidak mampu memulihkan fail korang kembali. Jadi kita perlu untuk membuat pilihan yang tepat dari software recovery file dalam rangka untuk memulihkan fail dihapuskan kembali semula dalam keadaan asal. Kami mengesyorkan perisian berikut untuk memulihkan fail tersebut:
1. Stellar Phoenix Data Recovery
2. Stellar Phoenix Mac Data Recovery
Stellar Phoenix adalah salah satu syarikat terbaik yang mengkhususkan dalam pemulihan fail yang telah dipadam sejak tahun 1993. Stellar Data Recovery Solutions merangkumi pelbagai macam perisian untuk hampir setiap situasi kehilangan data mulai dari accidental format, serangan virus dan perisian yang rosak/tidak berfungsi. Oleh kerana itu Stellar menyediakan alat terbaik untuk memulihkan fail yang telah dipadam dengan lebih dari 1.000.000 pelanggan yang berpuas hati di 137 negara.
Bagaimana Proses File Deletion berlaku?
Apabila korang memadam fail dari komputer (atau bahkan dari recycle bin) fail tersebut tidak benar-benar dihapuskan. Tidak seperti apa yang kebanyakan orang fikir, fail tersebut tidak dihapuskan atau dibuang dari hard disk. Mari kita ambil sebuah contoh dari sebuah buku yang mengandungi 50 halaman. Misalkan ketika korang memadam 25 halaman, andaikan bahawa hanya entry dalam indeks yang menunjukkan ke halaman 25 dihapuskan dan bukan halaman 25 itu sendiri yang dipadm. Demikian juga ketika korang memadam fail dari hard disk, hanya pointer yang menunjuk ke gambar tersebut akan dihapuskan dan bukan fail itu sendiri. Fail ini masih ada dan 100% berkemungkinan untuk pulih semula dalam keadaan asal. Dalam keadaan ini file menjadi tak terlihat dan kerana itu ia kelihatan seperti telah dihapuskan.
Apa Kemungkinan Untuk Memulihkan Kembali File saya?
Kerana sistem operasi tidak serta-merta menggunakan ruangan dari fail yang dihapuskan, hal ini sangat pasti berkemungkinan besar untuk memulihkan fail yang dihapuskan kembali dalam keadaan asli 100%. Ini mungkin memakan masa yang sangat lama untuk fail-fail tersebut harus benar-benar dihapuskan kerana hard disk moden mempunyai kapasiti yang cukup besar. Oleh kerana itu kemungkinan kecil bahawa ruang dari fail yang dipadam akan digunakan semula dengan segera. Jadi, sangat bagus untuk mencuba software recovery file seperti Stellar Data Recovery untuk Windows atau Stellar Recover Data untuk Mac. Beberapa fail yang dilaporkan telah pulih bahkan setelah bertahun-tahun penghapusan fail itu berlaku. Namun untuk hasil yang terbaik, disarankan bahawa korang menggunakan perisian fail pemulihan secepat mungkin untuk memulihkan fail korang tu.
Memulihkan Fail
Dalam rangka untuk memulihkan fail yang dipadam semua yang perlu korang lakukan adalah melakukan scan (carian) untuk fail tersebut menggunakan File Recovery Software. Harap diperhatikan bahawa tidak ada cara manual untuk memulihkan fail yang dipadam. Phoenix Data Recovery software melakukan imbasan menyeluruh sektor hard disk dan akan menemukan fail yang terpadam untuk memulihkan ia kembali dalam keadaan asal. Ini adalah perisian yang hanya menyokong 185 jenis fail yang popular termasuk Windows NT Registry, JPEG, MP4, GIF, BMP dan fail MS Word. Peranti lunak ini menawarkan sokongan grafik yang cantik dan canggih dengan menggabungkan kaedah scanning untuk mengimbas sepenuhnya dan memulihkan fail yang telah dipadam dari hard drive. Dengan ini, korang boleh:
- Recover FAT16, FAT32, vfat, NTFS, dan partisi (partition) fail sistem NTFS5
- Recover e-mel
- Memulihkan dokumen yang telah dihapuskan
- Recover foto
- Recover muzik
- Pemulihan 'Formatted Hard-Drive'
- Recover file dari USB Drives, CD, DVD dan kad memori
- Recover hampir semua fail format kamera
0 comments:
Post a Comment