Pengenalan: Apa itu Operating System (OS) ?

Your comment You are on Fakta Edit posts?
Sebagai pengenalan kita pada sesi kelas yang pertama , seharusnya kita tahu serba sedikit mengenai computer dan kegunaannya . Sekadar pengenalan ejoy just nk show kat you all semua apakah itu operating system ..
Tahukah anda, apa itu Operating System? Lebih mudah disebut sebagai OS, ia membawa maksud Sistem Pengoperasian. Windows XP adalah sejenis OS, begitu juga denganWindows Vista dan Windows 7, kesemuanya datang dari keluarga Windows NT. Selain daripada Microsoft Windows yang anda kenali, terdapat juga OS lain seperti Unix yang selalu dijalankan di server; Mac OS X yang dijalankan pada komputer Apple; serta Linux seperti Ubuntu, Fedora, dan Knoppix.
Dalam sebuah komputer, OS berfungsi sebagai perantara di antara software dan hardware. Ia juga bertanggungjawab dalam mengagihkan sumber komputer – seperti memori dan CPU – kepada setiap aplikasi yang dijalankan.
Katakanlah anda sedang menaip surat menggunakan Microsoft Word. Apabila anda ingin mencetak dokumen tersebut, OS akan bertanggungjawab untuk menyampaikan arahan dari Microsoft Word (software) kepada printer (hardware). Interaksi lazim antara software dan hardware ini diuruskan oleh OS supaya aplikasi tersebut tidak perlu menguruskannya sendiri, sekaligus memudahkan programmer membuat aplikasi.
Windows NT (New Technology) adalah keluarga sistem pengendalian dihasilkan oleh Microsoft, versi pertama yang dikeluarkan pada Julai 1993. Ia yang asalnya merekakan sebagai sistem pengendalian berkuasa berasaskan bahasa tahap tinggi, bebas daripada pemproses, pemprosesan berganda dan pengguna berganda dengan ciri-ciri berbeza dengan Unix. Ia bertujuan untuk melengkapi versi-versi pengguna Windows yang berdasarkan MS-DOS. NT adalah betulnya versi 32-bit penuh Windows, manakala versi pengguna sejawat, Windows 3.1x danWindows 9x, adalah hibrid 16-bit/32-bit. Windows 2000Windows XPWindows Server 2003Windows VistaWindows Server 2008, danWindows Home Server berdasarkan sistem Windows NT system, walaupun mereka tidak dijenamakan sebagai Windows NT.
« Previous
 
Next »
 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...