Selain codec yang ditambahbaik (walaupun Windows Media Player masih lagi kurang berkesan memainkan video dengan baik), pemacu-pemacu yang tersedia di dalam fail ISOnya yang bersaiz bagak itu amat memudahkan pengguna, dan anda pasti berpuas hati dengan inovasi terbaru Microsoft itu.
Pun begitu, tampaknya .NET Framework masih menjadi isu dalam pemasangan perisian-perisian. Anda memerlukan .NET Framework 4.0 serta 3.5 untuk menjalankan perisian dengan cemerlang. Untuk .NET Framework 4.0, anda boleh dapatkan fail pemasang [Offline] di sini >>> .NET Framework 4.0 Standalone Installer
Untuk .NET Framework 3.5 pula, anda cuma perlukan Windows 8 yang telah dirakam (burn) ke dalam USB Pendrive (atau CD). Kemudian, palamkan USB Pendrive anda ke dalam port USB. Seterusnya buka Command Prompt dan masukkan baris perintah di bawah:
xcopy e:\sources\sxs\*.* c:\dotnet35 /s
*Gantikan 'e' dengan label USB Pendrive anda.
Setelah itu, sila jalankan baris perintah di bawah sebagai Administrator [Run as administrator)iaitu dengan cara anda jalankan cmd.exe sebagai administrator dari folder system32.
Dism.exe /online /enable-feature /featurename:NetFX3 /All /Source:c:\dotnet35 /LimitAccessOk. Selesai!
P/S: Tutorial ini juga adalah untuk Windows 8 Consumer Preview.
via : teknotavern.com
Sumber
0 comments:
Post a Comment