Sembunyikan Aplikasi Anda Dengan Tray It!

0 comments Thursday, April 12, 2012 jam 8:37 AM - Edit entry?
Sewaktu bekerja dengan pelbagai aplikasi yang dijalankan, saya dapati tugas yang paling membazirkan masa saya adalah bertukar di antara tetingkap. Saya menggunakan kekunci pintas Alt+Tab, dan kadang-kadang taskbar untuk mencari tetingkap yang ingin saya buka, namun masih sukar.
Tray It!_2011-10-11_09-58-40
Salah satu cara yang saya cuba untuk mengurangkan masalah ini adalah dengan menggunakan Tray It, di mana ia dapat menyembunyikan sesebuah aplikasi daripada taskbar, mahupun Alt+Tab. Contoh aplikasi yang saya sembunyikan ialah Windows Media Player, di mana saya masih ingin memainkan lagu tetapi tidak memerlukan tetingkap WMP untuk dibuka.
Untuk menyembunyikan satu-satu aplikasi, hanya klik kanan pada butang Minimize, dan pilih “Place in System Tray”. Untuk mengembalikan tetingkap tersebut,
Windows Media Player_2011-10-11_09-57-17
Untuk mengembalikan tetingkap tersebut kepada asal, pergi kepada Tray It, klik kanan pada ikon yang berkenaan, dan pilih “Restore Window”
Greenshot_2011-10-11_10-01-53
Anda boleh muat turun Tray It di sini.

Permainan RPG Flare Memasuki Ubuntu Software Center [12.04]

0 comments Wednesday, April 11, 2012 jam 1:30 AM - Edit entry?
Flare, singkatan dari Free Libre Action Roleplaying Engine, ialah sebuah enjin permainan yang dibina untuk mengendalikan permainan spesifik iaitu pemain tunggal aksi 2D RPG. Flare bukan binaan semula dari permainan sedia ada (Contohnya Diablo), cuma ia dibina atas dasar sumbangan kepada genre permainan RPG.

Berikut adalah paparan skrin dari versi 0.15:

Ini pula video dari versi 0.15:


Flare masih lagi dalam proses pembangunan yang pesat. Meskipun ia merupakan sebuah enjin kepada permainan, ia telah berevolusi menjadi permainan penuh seperti yang dapat anda lihat pada video di atas. Flare masih belum terdapat untuk Linux pada laman web rasminya. Cuma buat mereka yang bakal menggunakan Ubuntu 12.04, ia telah berada dalam repository rasmi, jadi anda cuma perlu mencari Flare dalam Ubuntu Software Center.

Untuk memasangnya pada Ubuntu 11.10 ke bawah, anda boleh cuba cara ini:

1. Muat turun kod sumbernya dari SINI.

2. Permainan ini memerlukan dependencies -> SDL, SDL image, dan SDL mixer. Buka Terminal dan jalankan baris perintah di bawah untuk memasangnya:
sudo apt-get install libsdl1.2-dev libsdl-image1.2-dev libsdl-mixer1.2-dev cmake

3. Kemudian, arahkan ke folder kod sumber yang telah anda ekstrak dan jalankan:
cd build
cmake .
make

4. Setelah siap, anda akan memperoleh satu fail executable dalam folder tersebut. Jalankan ia dan anda sudah sedia untuk bermain!

5. Tunggu apa lagi ni? Dah, dah.. Takde lagi dah.. Pergi la main!

Mr.Hac: Jika ada antara pembaca yang merasakan blog ini sudah tidak lagi menarik (seperti yang dikatakan seorang hamba Allah pada shoutbox), sila beredar dengan segera dari sini. Mr.Hac mengalu-alukan kedatangan orang yang ingin membaca, manakala yang tidak ingin, jangan kata apa-apa, senyum..dan tutup segera tab pelayar web anda. Blog ini tidak menjana keuntungan pun kepada Mr.Hac. Jadi tak perlu nak demand tinggi dengan para penulis di sini. Ia diasaskan oleh Mr.Hac, dan kalau Mr.Hac nak tukar genrenya kepada BLOG LINUX atau BLOG PERIBADI sekalipun, anda tidak berhak mempertikai keputusan yang dibuat. Terpulang kepada penulis jemputan untuk memeriahkan lagi blog ini dengan artikel mereka. No more hacking for newbies, kerana Mr.Hac sudah serik dipijak kepala oleh anak Melayu yang tak sedar dek untung.

Koleksi Software Waktu Solat

0 comments jam 1:21 AM - Edit entry?
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Entri kali ni lain sikit,

Tiada kena mengena dengan IT
Entry kali ni mengenai software waktu solat.
Ia amat berguna untuk orang yang merantau jauh, segan silu bertanya waktu solat,
Jadi ada penyelesaiannya =)

Saya akan senaraikan 2 versi iaitu Mobile dan PC
Saya mulakan dengan PC dulu.



1. Waktu Solat 13 Beta 2

Pernah dengar software ni?
Ia mudah dan lokasi hanya di Malaysia sahaja.
Dilengkapkan waktu azan dan timetable waktu solat selama 1 bulan =)
Serta dibekalkan hadis2 ( tapi tak banyak la =( )

Contoh Screenshot :

klik untuk kejelasan maksima ^.P

Anda boleh download di sini
Waktu Solat 13 Beta 2


2. Athan Pro

Pernah dengar?
Software ni terkenal dengan lengkapnya element2.
Dilengkapi doa selepas azan, azan subuh, kiblat ( mengikut kompas tak silap saya )
terdapat 6 Juta bandar di seluruh dunia.
Keunikan software ini bila kita on laptop, akan ada suara bismillah ^^
Cara nak setting pun simple, tak merumitkan dan mudah diguna.

Ini contoh Screenshot :

klik untuk kejelasan maksima ^.P

Untuk download sila klik di sini
Athan Pro 4.1

p/s : anda boleh cari di pakcik Google untuk versi latest ^^. Desktop serabut sikit, baru lepas tukar OS, ^^

itu antara 2 software azan yang saya pernah pakai dan bagus digunakan. PC dah story, mari kita masuk story mobile pula.


3. MySolat

Ia apps terbaik yang pernah saya gunakan dalam phone android saya. Senang digunakan, ia perlu download data 1 bulan 1x =)
dibekalkan dengan GPS kiblat ( saya agak ragu2 dengan itu ==" )

Ini contoh screenshot :

klik untuk kejelasan maksima ^.P

Untuk download, tekan link ni
MySolat ( Android )


4. Muslim Pro

Apps ini boleh dikatakan multifunction lah. Kerana dibekalkan Azan, Kiblat dan juga Al-Quran ( translate malay tak ada. Indonesia ada la. huhu ). Malah ada hari2 penting dalam islam pun ada ^^
Al-Quran boleh download versi audio setiap surah.

Ini contoh screenshot :

klik untuk kejelasan maksima ^.P

untuk download, klik sini
Muslim Pro ( Android  )


Extra :
Apps Al-Quran yang translate dalam Bahasa Melayu ^.P
Lampiran :

klik untuk kejelasan maksima ^.P


berminat, boleh download di sini :
Al Quran Malay


Itu sahaja yang saya nak kongsi apa yang saya dah guna, dan berkesan ^^
Semua terletak di hujung jari saja,
Harap sama2 kita gunakan untuk masa akan datang

p/s : jika download kat phone, sebelum masuk tandas haruslah matikan telefon tersebut. sebab ada apps al-quran kan? sesetengah orang cakap macam tu. Wallahualam.

extra p/s : maaf jika entri ni ada kekurangan, moody sikit, gaduh dengan beloved =( . Ayat tunggang terbalik kot. ^.P

Gambar hilang stress

Indahnya ciptaan Illahi =)

Perisian Patut Dipasang Selepas Memasang Windows 8 Consumer Preview

0 comments jam 1:14 AM - Edit entry?
Mr.Hac sebenarnya tak pernah tergerak hati untuk menggunakan Windows 8 CP, sehinggalah 'dirachon' oleh Admin Penasihat iaitu bro Juaratempur. Bukan apa, kalau pakai sorang-sorang jadi bosan, tak tau nak 'bercerita' dengan siapa akan kelebihan yang ada padanya.

jadi berikut Mr.Hac buat sedikit kompilasi akan perisian-perisian yang patut dipasang selepas siap memasang Windows 8 Consumer Preview yang canggih-manggih ini.


Perisian Patut Dipasang:

Patut dipasang bukan bererti wajib, tetapi bermaksudkan kepada pilihan (optional).

1. VLC Media Player

Sememangnya Windows Media Player masih lagi tidak efisien. Oleh itu anda perlu kepada sebuah pemain video/media yang ringkas tetapi berkesan dan sentiasa boleh diharapkan.

2. Pemain Muzik Winamp

Ya, ya, ya. Mr.Hac sukakan muzik dan juga pemain muzik dalam Windows 8. Cuma untuk lebih pilihan atau variety, anda boleh pasangkan Winamp untuk kepuasan maksima.

3. Foxit Reader

Ok. Memang betul Windows 8 ada menyediakan pembaca fail PDF terbina dalam. Cumanya untuk netbook Mr.Hac ia gagal untuk berfungsi atas alasan kekurangan resolusi. Jadi untuk tidak membuang masa, dengan pantasnya Foxit Reader dimuat turun.

4. Pelayar Web Firefox

IE10 ialah pelayar web yang 'diberikan' oleh Windows 8. Mr.Hac tidak menafikan ia telah ditambah baik. Cuma dalam bab ini, pelayar web Firefox menjadi pilihan sebagai pelayar web lalai (default) kerana dalam versi-versi akan datang, kita akan dapat melihat kepada revolusi Firefox. Nantikan kemunculannya.

5. Adobe Flash Player

Untuk menunggu implimentasi teknologi HTML5 pada pelayar web moden seperti Firefox dan Chrome serta Opera, anda perlu menunggu lagi 5 tahun. Jadi sementara itu anda perlu juga memasang pemain Flash Adobe. Untuk setiap plugin pada Firefox anda boleh periksa akan versinya di laman INI.

6. Internet Download Manager

Perlukah lagi Mr.Hac menerangkan mengenai perisian ini? Apa? Perlu? Ok. Buat mereka yang tidak tahu, Internet Download Manager atau IDM digunakan untuk mengakselarasi atau melajukan muat turun. Jika anda memang tegar muat turun, apa salahnya mencuba perisian ini. ia melengkapkan lagi sistem operasi anda.

7. Perisian VPN

Dalam hal ini, Mr.Hac cuma dapat mencadangkan jika anda mahu keselamatan data dan internet anda terjaga,gunakanlah VPN. Jika anda mahukan VPN yang laju, cuba servis OpenVPN. Jika anda mahu servis berbayar yang murah, laju, dan boleh dipercayai, gunakanlah MYTUNNEL.US.

8. Perisian WinRAR [32-bit] [64-bit]


Last but not least, perisian WinRAR untuk membantu kerja-kerja anda mengekstrak dan mengkompres fail. Jangan bimbang, pautan yang Mr.Hac beri itu adalah versi terbaru (pada waktu entri ini ditulis) dan ia sudah pun crack.

Buat mereka yang mahukan perisian Office 2010 (full, cracked), anda boleh muat turun pada pautan ini :Office 2010 Full Cracked

Jika anda bimbang akan isu pemacu, Windows 8 boleh dikatakan amat memuaskan hati dari segi pemacunya yang lengkap. Cuma jika ada yang tidak lengkap, anda boleh cuba menggunakan Driverpack Solution. Jika tak dapat selesaikan masalah juga, anda boleh cuba gunakan Driver Identfier. jika tak dapat juga, anda bolehlah Google secara manual. Pasti jumpa punya! Haha! 

TeraCopy Pro v2.27

0 comments Tuesday, April 10, 2012 jam 3:57 AM - Edit entry?


One of the most common complaints about newer versions of Windows is the slow copying speed, especially when transferring lots of files over the network. If you want to speed up your copying or if you regularly transfer large amounts of data and have to stop the process to perform some other disk-intensive task, this program may be just what you need.

TeraCopy is designed to copy and move files at the maximum possible speed. It skips bad files during the copying process, and then displays them at the end of the transfer so that you can see which ones need attention. TeraCopy can automatically check the copied files for errors by calculating their CRC checksum values. It also provides a lot more information about the files being copied than its Windows counterpart. TeraCopy integrates with Windows Explorer's right-click menu and can be set as the default copy handler.

The paid version of the program includes the following features:
  • Copy/move to your favorite folders.
  • Save reports as HTML and CSV files.
  • Select files with the same extension/folder.
  • Remove the selected files from the copy queue.
  • More features coming soon!

DOWNLOAD

p/s: malas nak translate

O&O DriveLED 4 Pro For Free Full Version Serial Key

0 comments jam 2:50 AM - Edit entry?
Masa bila yang sesuai untuk memberikan komputer anda berehat?Bila ia terlalu panas? Melebihi muatan? O & O DriveLED, bekerja secara senyap-senyap di PC anda,ia  kekal memantau status cakera keras anda dan memberi amaran kepada anda jika ada apa-apa masalah yang akan berlaku... Dengan itu, anda akan sentiasa mempunyai masa untuk membuat backup data anda dan mengelakkan kehilangan apa-apa...




Ciri-ciri O&O DriveLED 4 Pro:
*Redesigned user interface..
* Also available in Workstation and Server Editions..
* Connection to O&O Enterprise Management Console..
* Status reports..
* Displays read/write access for logical volumes..
* Displays storage capacity for every drive..
* Automatic monitoring of all S.M.A.R.T. properties..
* Displays current temperatures on all hard disk drives (when supported by manufacturer)..
* Warning of possible operational errors on all hard disk drives..
* Supports all Windows-compatible disks..
* Support of SCSI-disk drives..
* Monitors network drives..






Giveaway:
1.Pergi ke halaman promosi untuk mendapatkan lesen di Sini
2.Untuk download di Sini


Credit

East-Tech Eraser 2012 For Free 6 Months License Key

0 comments Monday, April 9, 2012 jam 4:55 AM - Edit entry?
Hari ini cukup indah walaupun panas..Dengar tajuk perisian ini macam tidak best je..East-Tech Eraser 2012 adalah perisian yang agak menarik,ia melindungi anda semasa anda di talian internet..Perisian ini juga mampu memadam benda yang tidak diperlukan..
Contoh East-Tech Eraser 2012:

-Protects Your Privacy and Identity..
-Real Deletion..
-Cleans Your Favorite Browsers..
-Cleans Your Favorite Programs..
-Improves System Performance..
-Permanent Erasing..
-Automatic Protection..
-Entire Drive Wiper..
-The Anti-Surprise..
-Very Easy to Use..
-Flexible and Personalized Protection..
-Advanced Features for Professional Use..


                                                                                   Screenshot
Sistem operasi:
-Os: Windows 7, Vista, Xp, Server 2008, Server 2003.
-300 MHz or higher processor..
-128 MB of RAM..
-10 MB of hard disk space..
-Supported file systems: NTFS, exFAT, FAT32, FAT16, FAT12..

Giveaway:

1.Sila ke laman promosi untuk mendpatkan key di http://offers.east-tec.com/pcadvisor/2012/eraser/register.htm

2.Selepas itu sila check email anda dan anda akan menerima lesen dan link untuk download perisian ini..


Sekian.
Credit

Torrent : Suatu Kaedah Berkesan

1 comments Saturday, April 7, 2012 jam 6:34 AM - Edit entry?


Torrent kini telah di anggap satu kaedah tradisional untuk muat turun. Ramai yang sudah tidak lagi mengemari Torrent atas alasan kelajuannya yang lembab tak bersebab. Itu tidak di nafikan… Tambahan pula kini sudah banyak pemuaturun santai seperti IDM dan JDownloader.

Jadi kenapa perlu adanya Torrent? Sebabnya… ada sebahagian fail yang kita perlukan HANYA wujud di laman Torrent sahaja. Menorrent juga tak perlu risau tentang talian hayat kerana ia mudah di sambung balik bila terputus talian. Dan yang paling hebat tentang Torrent ialah..anda jarang sekali menemui link mati walau setelah bertahun di upload. Hmm... Kenapa tidak gunakan saja Torrific? Torrific hanyalah ‘orang tengah’ yang kadang-kala terlalu lambat bertindak-balas atau tidak berbalas langsung bila server terlalu sesak.

Nak cuba? Jom sama-sama kita cuba ubah Torrent anda sehingga mencapai tahap senyum... Tak susah mana pun! Paling PENTING anda tidak menggunakan ip sebenar sewaktu menorrent. Melalui ujicuba kita: Raptor, BFVPN, CyberGhost dan UltraVPN adalah antara 'rakan' cemerlang untuk Torrent. Dan untuk kaedah kali ini kita telah menggunakan perisisian µTorrent 2.2.1 (versi lama tapi lebih selesa ) dan UltraVPN (terlebih dahulu anda perlu add exlusions nya dalam antivirus). Untuk info lebih lanjut tentang UltraVPN sila ke: Link1 Link2 Link3 Link4

Setelah selesai memasang µTorrent 2.2.1 sila ke Options > Preferences > dan ikuti langkah demi langkah seperti paparan di bawah:




 Langkah 6: Klik kanan pada ruangan Logger.
 Langkah 7: Klik kanan pada fail yang hendak di muat turun.

Banyak cara untuk melajukan Torrent sebenarnya. Dan untuk makluman.. Ini adalah salah satu kaedah yang paling berkesan berdasarkan pengalaman dan ujicuba kita. Untuk pengguna streamyx sekiranya kelajuan µTorrent anda menyamai atau kurang sedikit dari IDM itu sudah di kira satu kejayaan. Dan untuk pengguna broadband.. kelajuannnya mungkin mampu melangkaui luar jangkaan..
Sebelum mulakan Torrent pastikan aplikasi UltraVPN dilancarkan terlebih dahulu. Kemudian pergi ke siniuntuk mengujicuba µTorrent anda. Pastikan anda memilih fail yang selamat. Nilaikan sendiri dan semak komen pengguna lain. Dan pastikan fail tersebut mempunyai seeds yang baik kerana ini akan mempengaruhi kelajuan µTorrent anda.

Selamat mencuba noohhhh! Manalah tahu… Bulan jatuh ke riba Si Pungguk? Lalalala…

Klik -> Torrent ©pr67am™ 201110

Kata laluan: pr67am 

Credit

Hide My IP : Unlimited Trial

0 comments jam 6:31 AM - Edit entry?
Jauh perjalanan banyaklah pertemuan. Dari pertemuan lahirlah kecintaan. Beberapa minggu yang sudah kita telah temui sebuah perisian yang rasanya layak untuk di kongsikan disini. Definisi layak disini adalah satu perkara yang telah BERJAYA melalui ujicuba dan cemerlang untuk digunapakai. Paling penting sekali ianya di yakini TIDAK mendatangkan kemudaratan pada komputer dan juga diri anda.

Melihat pada tajuk entri di atas anda sebenarnya sudah faham maksud entri pada kali ini. Hide My IP adalah sebuah perisian yang digunakan untuk menghilang atau menyamar IP asal anda. Pada yang baru sampai di sini, rajin-rajinlah menyelak entri lama dalam blog ini. Sudah terlalu banyak cerita, diskuisi dan komen berkaitan dengan IP. Kerana itu adalah satu di antara ilmu yang paling di gemari oleh Tuan Admin. Rasanya sudah cukup dengan kupasan yang beliau buat.

Anggap saja perisian yang akan saya ketengahkan ini sebagai satu alternatif untuk menyenangkan anda membuat pilihan. Yang menariknya tentang perisian ini adalah kerana ia boleh dimanupulasikan. Hide My IP adalah perisian berbayar dengan tempoh percubaan selama 14 hari. Semestinya kebanyakkan kita memang lokek untuk membayar termasuk diri saya. Tanpa membayarpun kita masih lagi boleh menggunakannya secara percubaan. Hahha! Bukan sekadar 14 hari bahkan untuk berhari-hari mendatang. Namapun Unlimited Trial.. asalkan bernama Trial itulah subjek yang paling kita suka.

Apabila hampir tamat tempoh percubaan.. anda cuma perlu lakukan beberapa perkara secara manual untuk terus kekal sebagai pengguna. Tutorialnya saya sertakan bersama link. Jangan risau, kerjanya mudah dan ringkas. Dan jangan risau dengan kemaskininya kerana anda boleh melakukannya tanpa masalah. Dan juga jangan risau pasal virus. Cerita ini tiada kena mengena dengan virus yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Sistem: Semua OS Windows x32 x64

Klik -> Hide My IP ©pr67am™ 201110

Kata laluan: pr67am

Credit
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...