Merakam Skrin Anda Dengan Screenr

3 comments Saturday, April 14, 2012 jam 12:36 PM - Edit entry?


Screenr adalah sebuah aplikasi screencasting berasaskan web yang membolehkan anda membuat screencasts pendek. Anda dengan mudah boleh tweetkan screencasts anda dari Screenr, kecuali jika anda menentukan sebaliknya untuk berkongsikan screencasts anda di Twitter. Jika anda memilih untuk tidak berkongsi screencasts di Twitter, anda boleh memuat turun sebagai sebuah MP4, memuat naiknya ke Youtube, embedkan screencast, atau hanya berkongsi sebagai URL melalui email atau IM.
Apabila anda mula merakam menggunakan Screenr, anda boleh menetapkan kedudukan skrin anda untuk merakam menggunakan drag-to-resize dan input audio. Tekan butang record untuk memulakan dan butang selesai untuk menamatkan rakaman anda.
Ciri Screenr :
* Perakam berasaskan Web – Tiada apa untuk dimuat turun
* Merakam pada Mac atau PC
* Dimainkan di mana-mana di web, bahkan di iPhone
* PERCUMA

Definr : Kamus Online Terpantas

3 comments jam 12:24 PM - Edit entry?
Definr ialah kamus percuma yang terpantas berdasarkan perkataan database pada Princeton’s open WordNet 2.0. Sementara itu, perkhidmatan carian talian definr telah dikembangkan di Ruby on Rails yang dapat mencari kata-kata dalam kamus data sepantas kilat.

Untuk menggunakan perkhidmatan carian talian definr, hanya masukkan kata ke dalam kotak Define: kemudian tekan enter, ianya akan menunjukkan definisi di bahagian bawah laman.
Kamus Definr carian talian boleh:
* Cache 10.000 atas definisi di memori
* Kata completion / auto-menyarankan agar anda tidak perlu mencari kata-kata untuk setiap 200.000 keystroke
4 Kaedah untuk menambahkan fungsi perkhidmatan carian Definr :
Kaedah 1: Tambah Definr ekstensi carian ke Firefox
Untuk mendownload ekstensi Definr bagi Firefox, dalam kotak carian Firefox anda klik ikon dengan panah kecil. Kemudian, klik “Add Definr dictionary search“.
Kaedah 2: Tentukan kata kunci Firefox
1. ) Klik kanan dalam kotak carian Definr dan pilih “Add a keyword for this search..
2.) Pada kotak nama taipkan Definr
3.) Dalam Kata Kunci, taip d, dan klik butang Save
Sekarang, klik saja di address bar dan taip d love bite untuk mencari “love bite” pada Definr!
Kaedah 3: Guna Ctrl + Enter
Di Firefox address bar, taip definr/love bite dan tekan Ctrl + Enteruntuk mencari kata “love bite“. Firefox akan menaip “http://” dan “. Com” bahagian untuk anda.
Kaedah 4: Definr bookmarklet
Tarik link ini ke toolbar bookmark FirefoxLihat dengan Definr

Mencari Laman Web Serupa Dengan SimilarSites

2 comments jam 11:57 AM - Edit entry?
SimilarSites adalah enjin pencarian yang akan membantu anda mencari laman web yang hampir serupa dengan URL yang anda ingin temukan. Hanya taipkan URL tanpa “http://” pada kotak carian dan tekan butang Find Similar Sites. Hasil carian anda akan terpapar jika web tersebut mempunyai kaitan dengan web2 yang telah disenaraikan oleh similarSites. Bagi pengguna mozilla, anda boleh mendapatkan add-ons bagi memudahkan anda akses dan mencari laman web yang serupa.

Untuk memasang add-ons SimilarSites, anda hanya perlu menekan butang download. Dan ikuti arahan yang diberikan.

Berikut adalah senarai laman web serupa dengan youtube.com
SimilarSites juga telah memperhebatkan perkhidmatan mereka dan kini anda boleh menggunakannya pada Twitter anda. Ikuti gambar rajah dibawah :


Mengedit Photo Online Serupa Adobe Photoshop Dengan Pixlr

0 comments jam 11:53 AM - Edit entry?
Bagi anda yang suka mengedit gambar, perisian utama yang sering digunakan adalah Adobe Photoshop. Apa kata anda mencubanya secara online di Pixlr, kerana segala fungsi dan interface hampir serupa dengan perisian adobe photoshop. Dengan Pixlr ianya mudah digunakan, percuma dan yang paling penting tidak memerlukan anda untuk menginstall/memasang perisian untuk mengedit gambar kegemaran anda. Pixlr menawarkan dua fungsi utamanya iaituPixlr Editor dan Pixlr Express.

Pixlr Editor:
Jika anda sudah biasa dengan Photoshop, anda akan menemui pilihan menu Pixlr Editor adalah lebih baik dan bagus untuk digunakan. Untuk menggunakannya, anda perlu memiliki pemahaman asas tentang bagaimana mengedit menggunakan alatan yang sedia ada (iaitu, fill, crop, blur, smudge, dll).
Terdapat pilihan untuk anda samaada membuka gambar baru, membuka gambar dari komputer anda dan juga membuka gambar melalui URL
Brush yang serupa dengan perisian Photoshop tetapi tidak dapat menambahkan fungsi brush yang lain, hanya terdapat basic brush sahaja.
Brightness dan contrast untuk menambahkan pencahayaan dalam sesebuah gambar turut dilengkapi dalam ciri asas Pixlr.
Bagi anda yang mengemarkan kerja mengedit dengan mudah, anda bolehlah mencuba Pixlr Express kerana semua kesan gambar yang anda perlukan sudah tersedia disitu dan anda hanya perlu memilih kesan yang bersesuaian dengan cita rasa anda. Pixlr Express juga amat mudah digunakan berbanding Pixlr Editor yang memerlukan kemahiran anda dalam pemahaman asas untuk mengedit.
Antara muka yang kemas dan menarik. Terdapat pilihan untuk mengedit gambar iaitu membuka gambar dari komputer anda dan juga membuka gambar melalui URL.
Contoh pilihan “Cross Process” sudah cukup memberikan kepuasan anda dalam mengedit gambar. Pilihan yang terdapat dalam “Adjustments” juga banyak bagi menambahkan kesan pada sesebuah gambar.
Pada pilihan “Photo Effects“, anda dapat membuat kesan khas dimana gambar anda akan kelihatan lebih menarik dengan kesan khas yang sedia ada. Seperti contoh di atas, kesan “Posterize” telah digunakan.
Fungsi² Lain Di Pixlr
Pixlr menawarkan “Grabber for Firefox” iaitu download percuma yang membolehkan anda untuk mengklik kanan pada setiap gambar dalam laman web dan upload ke Pixlr untuk mengedit. Add-on Firefox ini juga membolehkan anda menangkap semua atau sebahagian daripada kandungan pelayar anda (Print Screen).
Terdapat juga “Grabber” yang boleh anda download bagi pengguna Windows. (Window XP, Vista dan 7).
Segala maklumat tentang fungsi baru tentang Pixlr, anda bolehlah melawati blog nya di http://blog.pixlr.com/ atau anda boleh mengikutinya melalui twitter.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...