Tips Keselamatan Dalam Internet

Your comment You are on Fakta, Informasi Edit posts?
Mr.Hac tuliskan entri ini, mewakili diri Mr.Hac sendiri, kerana suatu ketika dulu Mr.Hac adalah seorang yang 'buta' dalam dunia IT. Pada waktu itu jika ada yang menggunakan teknik phishing paling mudah sekalipun, pasti Mr.Hac akan terpedaya dan 'tergodam' akhirnya.

Atas dasar rasa prihatin pada mereka yang memerlukan tips-tips sebegini, Mr.Hac tuliskan beberapa panduan yang Mr.Hac dapat dari pengalaman sepanjang berkecimpung dalam dunia IT ini. Harapannya semoga semakin ramai yang bijak meneliti sesuatu perbuatan mereka di internet, dan meningkatnya kesedaran akan bahaya penipuan di internet yang semakin berleluasa.

Jika anda tidak tahu, jangan salahkan orang lain kerana tidak mengajarkan pada anda, sebaliknya salahkanlah diri sendiri kerana kedekut dengan 'masa' anda. Masa yang terluang itu rajin-rajinkanlah diri datang ke blog ini, ambil panduan yang diperlukan, dan beredar dengan segera setelah klik satu dua iklan. Haha!


Tips-Tips Keselamatan Dalam Internet:

1. Setiap tahun, perisian antivirus PASTI akan dinaiktaraf versinya, ditambah pembaikan dan pengkalan datanya semakin lenmyhackersareheregkap dengan maklumat virus. Sila gunakan solusi antivirus yang terkini dan sentiasa dikemaskini setiap hari atau secara berkala.

2. Setiap kali anda mahu memasuki ruangan log masuk e-mel, adalah lebih baik anda taip secara manual alamat e-mel yang hendak dituju seperti mail.yahoo.com atau mail.google.com. Ini bagi memastikan anda memasuki alamat URL yang sahih. Kalau boleh jangan gunakan ciri 'Remember Password' seperti di bawah:


3. Jika anda memuat turun fail berformat .rar, sila lakukan pengimbasan menggunakan perisian antivirus. Bukan hendak kata fail berformat lain itu selamat, tetapi sekurang-kurangnya fail dengan format selain arkib akan terus dikesan oleh antivirus sekiranya ia memang sejenis virus, sedangkan fail berformat arkib telah dipadatkan (Compressed). Senang cerita imbas sahaja semua fail yang telah anda muat turun.

4. Cipta kata laluan yang kukuh. Gunakan kombinasi huruf besar dan kecil, nombor-nombor serta simbol. Kalau nak lebih 'umph' lagi, letak huruf jawi nohhh! Sekali dapat keyboard tiada tulisan jawi, masak! Haha!

5. Jangan bertindak dan berlaku seperti anda manusia paling kacak atau paling cantik dengan berkongsi kata laluan anda dengan pasangan. Tak payah nak romantik sangat boleh tak? Biar siapa pun dia, jangan sekali-kali berikan kata laluan anda.

6. Jika anda mahu log masuk ke laman-laman penting seperti e-mel atau Facebook, sila pastikan ia bermula dengan https. Jangan termasuk jerangkap samar berbau busuk seperti phishing.

7. Jangan lupa untuk log keluar dari akaun anda setelah siap semua urusan. Akaun anda boleh digodam kurang dari 5 minit jika anda tidak log keluar apabila telah siap menggunakannya. Ingat!

8. Kukuhkan ilmu di dada mengenai ilmu-ilmu IT agar anda tidak lagi akan berjaya ditipu oleh penjenayah siber yang semakin licik. Untuk menggodam anda perlukan ilmu, untuk mengelak dari digodam juga perlukan kepada ilmu.

9. Kemaskini sistem operasi anda dengan kerap, atau setiap hari. Ini bagi memastikan ia berada pada tahap yang terbaik. Pastikan pelayar web anda adalah versi yang terkini untuk memastikan setiap kelemahan (vulnerability) telah pun dibaiki.

10. Selalu-selalulah jenguk blog ini. Sekian. 



CREDIT
« Previous
 
Next »
 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...