Cara Muat Naik Video Yang Panjang Di Youtube

Your comment You are on Trik Edit posts?
Youtube sememangnya salah satu dari laman video yang menjadi tempat persinggahan rakyat Malaysia paling kerap dilawati. Bagi mereka yang mempunyai akaun Youtube, tentu teruja dan teringin untuk memuat naik video ke dalamnya supaya dapat ditonton oleh setiap orang. Bagaimana pula jika ingin muat naik video yang panjang?

Youtube meletakkan syarat, bagi akaun biasa, supaya melakukan pengesahan melalui telefon bimbit jika pemiliknya berhasrat untuk memuat naik video yang panjang. Caranya amat mudah. Anda cuma perlu lawati ruangan Upload, kemudian klik pada perkataan Increase your limit.


Di situ, anda akan diminta untuk memasukkan nombor telefon bimbit. Sila masukkan nombor yang sedang anda gunakan, selepas itu, tunggu nombor pengesahan dari Youtube. Masukkan nombor itu ke dalam kotak pengesahan dan klik pada butang seterusnya untuk melengkapkan pengesahan akaun.

Setelah semuanya selesai, anda kini sudah boleh muat naik video yang panjang. Silakan mencubanya dan anda pasti berpuas hati. 


« Previous
 
Next »
 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...